Encik Nadzir bin Dol
Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Diploma Analisis Pelaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau mempunyai pengalaman di dalam sektor perbankan, kewangan dan audit sebelum menyertai syarikat ini. Beliau adalah wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen dan mengetuai Jabatan Pengurusan Aset pada 1 April 1994 sebagai wakil niaga dan mengawalselia aktiviti-aktiviti pelaburan dan pengurusan portfolio.
Merupakan wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen (CMSRL/A3520/2007).Beliau mula memegang jawatan sebagai Pengurus Besar PKB pada 1Januari 2018 dan merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas fungsi pengurusan dana Tabung. Beliau juga menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Eksekutif PKB bermula pada 2 Januari 2019.